Nota:

Jemput membaca, tetapi hakcipta terpelihara. Ini adalah blog peribadi

Wednesday, July 10, 2013

Awal Bicara

Assalamualaikum..
Salam perkenalan...salam permulaan..pembuka bicara...

Ramadhan kareem.. Ramadhan bulan yang mulia, bulan istimewa penuh keberkatan dtg lagi... Alhamdulillah, diizinkanNYA untuk bertemu lagi dengan Ramadhan 1434 H.

Tiba-tiba terbuka hati untuk membuka blog yang lebih berifat peribadi, bukan untuk mempromosikan barangan, bukan untuk cerita pasal gifts n cookies saya. Blog ini untuk menceritakan satu lagi sisi lain dalam diri saya. My passion.., my hobby. Dunia di mana saya 'menjelma' menjadi insan lain - yang punya pelbagai watak. Yang ada beraneka warna. Jgn salah anggap pulak. Saya buka hipokrit. No..no..no....hehehheh..

 Menulis...dan menjadi penulis...

Segalanya bermula kerana minat membaca buku. Alhamdulillah, saya boleh membaca dgn lancar seawal usia 5 tahun. Tahniah untuk ayahanda saya :-) Lg 1, minat. Saya ingat lagi masa tu kakak dah sekolah. Saya sgt suka menyibuk belajar membaca bersama kakak. Hehhehe...At one point, saya boleh baca lebih lancar drpd dia. Alhamdulillah. Oleh kerana saya dah pandai membaca maka saya tidak bersekolah tadika. Masa lapang saya kat rumah diisi dengan baca buku cerita. Ada yg abah belikan, ada yg abah pinjam drpd library sekolah. Sejak tu, saya jadi ulat buku. 

Genre yg saya baca kebanyakan nya buku penyiasatan. Lama kelamaan beralih ke karya kreatif. Saya mula membaca buku-buku karya Khadijah Hashim. ...dan beliau masih merupakan penulis yang saya minati hingga ke hari ini. Karya-karyanya sgt deskriptif, berasakan fakta, bahasanya segar lagi indah. Ha!!!!

Bermula dgn minat membaca itu lah saya mula minat menulis. Sebenarnya saya mula menulis sejak di bangku sekolah rendah. Cuma berbanding dengan menulis, saya lebih serius belajar. Jadi, aktiviti menulis tu hanya berjalan semasa cuti sekolah.

Minat ni terus terbawa-bawa ke sekolah menengah. Lps darjah 6, saya dapat masuk asrama penuh. Di asrama, saya jadi lebih bebas menulis. Masa di sekolah menengah ini lah saya mula hasilkan 'novel' pertama saya. Nak tau tajuknya? Heheheh..tajuk blog saya ni lah. Diari Mimpi. Kalau ada pembaca yg seusia saya, mungkin tau lagu penyanyi Roy, Diari Mimpi. Saya suka lagu tu (Hmmmm...muzik lagi 1 minat saya. Sebenarnya mcm2 lagu lg saya suka!). Cuma tajuk Diari Mimpi tu unik sikit. So saya abadikan tajuk lagu itu utk cerita pertama saya. 

Seperti biasa, di sekolah saya tetap memilih utk serius dalam akademik. Again, minat menulis tu ditangguhkan hingga cuti sekolah. Dalam entri berikutnya saya akan cerita sedikit pasal cerita Diari Mimpi. Haha! Belum tulis pon dah tersenyum-senyum sendiri. Terkenang kenangan di asrama dulu. 

Till we meet again. Nak nap sekejap

Wassalam.. 

Rin
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013


No comments:

Post a Comment